Assalamualaikum dan selamat sejahtera, terima kasih berkunjung ke blog kami.Kunjungan anda memberi makna kepada kami dan jangan lupa meninggalkan komen.TERIMA KASIH. !!!! =)

Friday 8 July 2011

Latar Belakang SAMER


SAMER adalah singkatan nama bagi SEKOLAH AGAMA MENENGAH RAWANG. Ditubuhkan pada tahun 1983. Sekolah ini asalnya merupakan sebuah sekolah berasrama diurustadbir oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebelum dijadikan sebagai Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) pada tahun 2006 oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Sekolah ini berkonsepkan integrasi aliran mata pelajaran iaitu aliran Sains Tulen Agama dan Agama. Sebarang pertanyaan boleh diajukan kepada Pengetua sekolah atau terus kepada Bahagian Pendidikan Islam,Kementerian Pelajaran Malaysia 


Pada awal sekolah ini beroperasi, para pelajar ketika itu tinggal bersama ibu bapa angkat mereka memandangkan belum ada asrama pada ketika itu. Setahun kemudian, asrama mula dibina, namu ada kekurangan di sana sini. Biasalah tu. Oleh kerana para pelajar mula bertambah, kemudahan yang ada terhad dan perlu kepada keperluan tambahan. Tandas tambahan dan bangunan tambahan dibina. Para pelajarnya pada waktu petang terpaksa menumpang mandi di balairaya, dewan orang ramai tak kurang juga yang mengambil kesempatan mandi di sungai berdekatan. Mana-mana pelajar yang ada saudara mara bolehlah menumpang mandi di rumah saudara maranya. 


Bangunan Asal 
Bangunan asal sekolah ini adalah menumpang di bangunan Sekolah Rendah Agama Ibnu Khaldun. Pada bulan Oktober 1990 barulah bangunan baru siap dibina dan SAMER telah berpindah ke bangunan baru miliknya sendiri bberkeluasan 31.67 ekar di dalam daerah Gombak mukim Rawang. 



Gambar Bangunan Sekolah SAMER




No comments:

Post a Comment